Posts

Showing posts from April, 2011

Puding Nangka

Image
Puding Nangka Resepi: Agar2 1 peket Susu Fresh Milk 2 liter Air 1 liter Santan 1 liter Gula (ikut manis masing2) Daun Pandan Nangka Slice 10 biji Panaskan susu, air dan agar samai agar2 lembut bersama daun pandan. Dah lembut , masukkan gula dan santan, bila dah didih, tapiskan dan masukkan dalam acuan atau gelas cam kat atas ni.. Last sekali, taburkan nangka yang dah dihiris nipis tadi.. Sejukkan, dan boleh di makan... Yum..yum..yum...biasa je puding ni....macam agar-agar biasa, tetapi kalau kita upgradekan Malaysian food ni, memang nampak wah..sedap dan enaknye....Dihidangkan sejuk, dihias bersama buah strawberry. Nak buat ape pudding pun boleh guna resepi diatas.. cuma tukar main item dia je..

Stuffed Deepfried Chicken served with Pasta, Mashed Potato and Assorted of Vegetables.

Image
Resepi, nanti saya taip..agak busi sikit buat benda lain..just upload gambar sambil buat kerja lain dulu.. Hidangan ini sungguh mudah untuk dibuat dirumah. Ada spagetti, ayam, kentang, cheese, sedikit sayur..Dah oleh jadi satu dish.For main course.Buatlah sikit sup, appertiser dan dessert..hahahha, mudah kan.. Mashed potato saya pipe gunakan noozle dan piping bag..Ade jual dikedai segala peralatn tu. Untuk Ayam, apa yang kita perlukan adalah: ayam bahagian dada. slice cheese/mozarella cheese-cheese buat pizza telur,tepung,bread crumb(roti kering dihancurkan)-untuk breading procedures/salutkan ayam Apa yang kita perlukan adalah cuci ayam sehingga bersih , season dengan garam dan pepper dan buat pocket untuk masukkan cheese dalam bahagian tengah ayam.Macammana?tak kisahlah, janji cheese tu disumbat dalam ayam. Kemudian 1)salutkan dengan tepung garam.2)masukkan dalam telur yang sudah di beri perasa.3)salut kan dengan bread crumb.Takut ayam nanti terbuka dan cheese keluar, ikat ayam tadi

Kerabu Mangga

Image
Ha...haa...sedapkan...mengiurkan..lagi-lagi yang tengah pregnant tu, dan-dan nak pi cari kat mana jual kerabu mangga yang macam ni...EEEmmm..tak payah beli, buat saja dirumah, baru puas hati. Sebab bahan dia mudah sahaja. Sekali je saya mengajar kakak saya yang sulung, untuk buat kerabu ini..Sebab kat luar tak sedap katanya. Dan sekarang ini adalah satu menu kemestian untuk keluarga mereka. Kalau saudara mara datang pun, mesti request kerabu ini.Saya belajar melalui pemerhatian dan kajian dari kerabu mangga yang ada di jual di Thai Restaurant. Kalau mereka buat saya akan lihat cara mereka buat dari jauh. Tengok apa bahan yang digunakan. Ha, kat bawah ni saya kongsikan bersama resepinya, manis, masam ,pedas dan masin kena adjust sendiri ye.. Bahan-bahannya: 4 biji mangga muda(saiz besar dipotong seperti batang mancis(terms in culinary is julienne) 1 biji tomato di potong dadu 2 biji limau nipis 2 biji bawang merah 4 biji cili api gula batu dimasak dengan gula pasir(bagi betul2 pekat d

Pankek/Crepe

Image
Ok, untuk buat lempeng, enteng je..Selalunya lempeng ini akan dimakan bersama kuah contohnya pengat durian, kari, sardin dan kekadang kaya. Untuk western country, mereka served bersama aneka jenis jam, butter dan honey. Kat bawah ni saya letak honey dan hiaslah dengan buah-buahan.. Kalau pakai kamera DSLR, gambar memang cantik, just nak berblog hp pun boleh jadi kan sumber. Ok, saya share kan disini resepi nak buat pankek.selalunya kat umah tak de resepi, bantai je kan, itulah yang tebal semacam je. Resepi ni boleh tambahkan dengan apa2 bahan tambahan yang anda suka contohnya jagung, kelapa, pisang, durian dan apa2 lah yang ada dirumah supaya nampak lebih enak. Resepi: 200gm tepung halus 1 sudu besar gula kastor 2 biji telur 300ml susu(fresh Milk/air pun boleh) 1 sudu besar butter cair/minyak jagung Campurkan semua bahan dan tapis. Lepas tu bolehlah masak dalam non-stick pan.Selamat mencuba.Pancake ini boleh digunakan untuk membuat crepe suzette.

Butter Cake

Image
Simple as A,B,C je nak buat kek ni.Paling penting nak buat butter cake ini kena pukul butter dengan telur sampai betul2 kembang. Kalau tidak kek kita tidaklah cantik/elok sangat. Dari butter cake ini kita boleh jadikan marble cake, rainbow cake dan selalunya juga as a basic cupcakes.. Nanti saya upload gambar kek dah potong. Ok, resepi seperti di bawah: 250gm tepung halus 250gm Salted butter 220gm gula kastor 1/2 sudu teh baking powder 5 biji telur 1/2 cawan fresh milk 1/2 sudu teh vanilla essence Cara membuatnya mudah sahaja. Seperti yang saya katakan permulaan tadi, pukul butter dan gula sehingga kembang dan gula hancur. Sementara itu bolehlah tapiskan sekali tepung dan baking powder. Setelah butter dengan gula cukup kembang, masukkan telur satu persatu. Kacau perlahan-lahan. Boleh diselang selikan dengan tepung.Setelah tepung dan telur sebati, jangan over mixing(terlebih kacau).Masukkan susu dan kacau guna sudu just bagi sebati saje. Lepas tu boleh

Biskut chocolate Chips.

Image
Saya panggil biskut ni biskut campak..Sebab dalam 10 minit boleh siap untuk dibakar.Kat bawah ni saya pack untuk masukkan dalam goodies bag.Kalau anak kita sekolah tadika, masa tu jatuh plak waktu sekolah, masa ni lah kita boleh buat cam ni.Bukan ini sahaja boleh masuk dalam goodies bag tu, cupcakes, muffin dan macam2 lagi ikut creativiti kita. Kalau beli kat bakery shop RM2.50. Buat kat rumah, boleh buat minum petang, boleh buat besar2 sikit. Ok, ini resepinya: 100gm Salted butter 25 gm brown sugar 130gm tepung 60 gm chocolate chip 1/2 tsp vanilla essence 30gm Almond Nibbed 10gm coco powder Mudah saja ,pukul butter dan brown sugar sampai kembang dan campurkan semua bahan.Drop kan atas loyang, tekan dengan garfu dan bakar dalam 15 minit hingga 20 minit.Suhu 180'c.

Kek Krim Pandan/pandan cream cake

Image
Kek Krim Pandan Krimnya mudah saja , just pakai Whipping Cream(Topping Cream) untuk kek punye beat sampai keras(lama juga nak tunggu whipping cream ni betul2 ok), them masukkan pandan paste for flavor/color. Untuk keknya, boleh guna resepi saya ni: 4 biji telur 125gm gula kastor 100gm tepung 50ml air 15gm ovellete 80ml minyak jagung pandan paste/pes pandan Cara buatnya, masukkan semua bahan kecuali minyak jagung. Pukul suhingga betul2 gebu/2 kali ganda naik(12 minit-pakai mesin).lepas tu kasukkan minyak dan fold guna tangan.Jangan over mixing.Masukkan dalam loyang dan bakar 30-40 minit 180'c.

Bread Butter Pudding/Puding Roti

Image
Bread butter pudding ni adalah koleksi lama aku. Yang ni ada orang order untuk birthday party katanya. Kos untuk buat saya punya bread butter pudding ni biasa je..taklah mahal sangat pun.. Resepinya : 250ml Anchor Cream 250ml fresh milk 4 biji telur 1 sudu teh vanilla essence 150gm castor sugar 100gm Margerine(dicairkan) Raisin(ikut suka) 1 buku Roti Cara membuatnya adalah, campurkan semua bahan kecuali raisin dan roti. Kacau sehingga gula hancur dan tapiskan.Susun roti dalam acuan dan tabur kismis, boleh juga letak kiub butter kalau mahu.Tuang batter yang kita bancuh tadi sehingga menutupi /menenggelamkan roti kita sahaja. Tekan2 sehingga padat.Pastikan batter tadi mencukupi untuk keseluruhan permukaan roti. Bakar sehingga golden brown. Kalau saic besar 1 jam. Kurang2 pun 45 minit.

Kek Triple Chocolate

Image
Kek ini adalah hasil kreatif aku mengimprovise resepi dan bahan-bahan pastry yang ada ..Kek ini mudah je..Basically kena ada topping dia, kat sini saya pakai chocolate ganache, filling saya gunakan whipping cream dan gunakan 3 jenis chocolate(strawberry, mint,white). Kek yang digunakan adalah kek coklat.Boleh juga guna coklat sponge cake.Tapi is not very rich lah kek kita nanti.Lebih sedap gunakan Chocolate Cake. Atasnya ditaburkan dengan desicated coconut(kelapa kering).Hiasan ni namanya gooseberry, buah ni boleh dimakan ye.. Emmm...Alhamdulillah, satu perkara lagi sudah selesai..tentang penempatan para pelajar aku ke organisasi luar..Moga-moga semuanya akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah..Teringat pula sibijik kek yang aku buat sebelum ini. Kek triple chocolate....Meh kita share resepinye... Untuk membuat Coklat Kek: 250gm butter 1cawan gula kastor 1/2sudu teh essence vanilla 4 biji telur 300ml susu cair 1cawan koko powder 2cawan tepung halus 1 sudu teh baking powder 1 sud

Blueberry Cake

Image
BLUEBERRY CAKE DINDA CHUMEL Blueberry Cake/kek blueberry.. Asasnya kita gunakan vanilla sponge cake sebagai base of the cake.The kita gunakan whipping cream for iced the cake.Untuk permulaan pembelajaran mungkin agak sukar sikit, tapi certain people dah dikurniakan kesenian, sekali cuba dah boleh buat. Memasak..semua orang boleh belajar. So, kat bawah saya share gambar2 dan resepi kek blueberry ni..selamat mencuba.. Potong comel-comel, senang nak "ngap".. Served pre-plated.. Dari sebijik kek, kita potong beberapa slice, then baru kita hiaskan.selalunya untuk serve birthday party(bukan main cake)sampingan dessert. Emmm, nak cerita sedikit tentang blueberry cake..Selalunya kita boleh beli di kedai kek dengan harga sekilo lebih kurang RM50 +/-. Tapi kalau buat sendiri kan boleh jimat. Kalau beli pada saya pun lebih kurang macam tu jugak harganya..Cuma zaman sekarang, ramai housewife, tak sempat nak buat, bukan tak nak buat, tetapi dek kekangan masa yang tak mengizin

Curi..curi masa

Lama rasanya dah tak update blog ni..busy sangat-sangat dengan admin punya kerja..14 minggu kelas dah pun berakhir, jadi satu part kerja dah selesai, tinggal satu kerja lagi yang takkan habis2 sehingga 2 tahun ini...INTERNSHIP..Hahaha, sape le volunteer nak ambik jawatan ni.I tak de passion nak buat keje-keje ni..tapi tak pe, suatu pengiktirafan untuk aku,pengalaman baru, segalanya baru...tapi, masa aku agak terhad, banyak masa aku di ofis di gunakan untuk update info industri luar...Tak de kelas tak pe. ade kelas kelam kelibut aku dibuatnya... Cuti semester ini, selepas semua pelajar selesai jalani latihan industri, exam dah habis, sementara pelajar baru tak masuk lagi, aku nak mulakan balik keje2 yang dah lama aku tinggalkan..lama sangat tak buat resepi2 baru yang aku dah kumpulkan..ada juga tempahan dari kawan2 yang tak sempat aku nak buat..tak pe, dalam diam saya akan buat dan hantar ye...