Bread Butter Pudding/Puding Roti

Bread butter pudding ni adalah koleksi lama aku. Yang ni ada orang order untuk birthday party katanya.
Kos untuk buat saya punya bread butter pudding ni biasa je..taklah mahal sangat pun..
Resepinya :



  1. 250ml Anchor Cream

  2. 250ml fresh milk

  3. 4 biji telur

  4. 1 sudu teh vanilla essence

  5. 150gm castor sugar

  6. 100gm Margerine(dicairkan)

  7. Raisin(ikut suka)

  8. 1 buku Roti

Cara membuatnya adalah, campurkan semua bahan kecuali raisin dan roti. Kacau sehingga gula hancur dan tapiskan.Susun roti dalam acuan dan tabur kismis, boleh juga letak kiub butter kalau mahu.Tuang batter yang kita bancuh tadi sehingga menutupi /menenggelamkan roti kita sahaja. Tekan2 sehingga padat.Pastikan batter tadi mencukupi untuk keseluruhan permukaan roti. Bakar sehingga golden brown. Kalau saic besar 1 jam. Kurang2 pun 45 minit.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penang mai!!!!

JJCM...Kari Itik, Ayam Kampung, Jalan Permatang Nibung..Permatang Pauh..

JJCM. . .Restoran Anggerik Desa, Seberang Jaya, Penang