Blueberry Cake

BLUEBERRY CAKE DINDA CHUMEL

    Blueberry Cake/kek blueberry.. Asasnya kita gunakan vanilla sponge cake sebagai base of the cake.The kita gunakan whipping cream for iced the cake.Untuk permulaan pembelajaran mungkin agak sukar sikit, tapi certain people dah dikurniakan kesenian, sekali cuba dah boleh buat. Memasak..semua orang boleh belajar. So, kat bawah saya share gambar2 dan resepi kek blueberry ni..selamat mencuba.. Potong comel-comel, senang nak "ngap".. Served pre-plated..
    Dari sebijik kek, kita potong beberapa slice, then baru kita hiaskan.selalunya untuk serve birthday party(bukan main cake)sampingan dessert.

    Emmm, nak cerita sedikit tentang blueberry cake..Selalunya kita boleh beli di kedai kek dengan harga sekilo lebih kurang RM50 +/-. Tapi kalau buat sendiri kan boleh jimat. Kalau beli pada saya pun lebih kurang macam tu jugak harganya..Cuma zaman sekarang, ramai housewife, tak sempat nak buat, bukan tak nak buat, tetapi dek kekangan masa yang tak mengizinkan, tu yang dok order kat saye tu..Tapi saya nak share jugalah resepi disini for those yang kurang berkemampuan nak membeli, bukan apa certain family, anak depa ramai, nak beli kek yang kecik alang2. buat tak tahu resepi jadik ke tak..Saya punye prinsip, berniaga-berniaga jugak, tapi ilmu tu kalau dikongsi, hasil pahala lebih berbaloi kot dari hasil duit...heheheh..ok kita share gambar kat atas then resepinya kat bawah ye...

    Resepi:


    1. Telur 8 biji

    2. Gula kastor 250 gm

    3. Tepung halus 200gm

    4. Air 100 ml

    5. Ovelette 25 gm

    6. margerine(dicairkan) 125gm

    7. vanilla essence 1/2 sudu teh

    Cara-caranya:

    Pukul semua bahan kecuali margerine cair dengan kelajuan yang perlahan dahulu.selepas semua bahan sebati, pukul dengan kelajuan paling laju selama lebih kurang 8-10 minit.sehingga adunan betul2 kembang(stif).selepas itu gaulkan dengan margerin cair menggunakan tangan. Gunakan teknik folding yang betul.Jangan mixed terlalu lama. Nanti akan effect kan sponge cake kita.pastikan minyak sebati saja.slowly.

    Untuk Whipping Cream, beat whipping cream sampai keras.Speed laju ,lebih kurang 8 minit.Brand(VIVO TOPPING ACE)pun ok.beli kat bakery shop.

    Bluberry filling, ready made kat kedai.

    Slice cake kepada 3 bahagian setiap bahagian disapu krim dan blueberry filling.Kemudian cover keseluruhan kek dengan Whipping cream..Boleh hias mengikut kehendak masing.Nak advanced how to garnish cake, boleh masuk kelas. Ni for those yang nak wat bisnes lah.




    Comments

    Post a Comment

    Popular posts from this blog

    Penang mai!!!!

    JJCM...Kari Itik, Ayam Kampung, Jalan Permatang Nibung..Permatang Pauh..

    JJCM. . .Restoran Anggerik Desa, Seberang Jaya, Penang