Kerabu Mangga
Ha...haa...sedapkan...mengiurkan..lagi-lagi yang tengah pregnant tu, dan-dan nak pi cari kat mana jual kerabu mangga yang macam ni...EEEmmm..tak payah beli, buat saja dirumah, baru puas hati. Sebab bahan dia mudah sahaja. Sekali je saya mengajar kakak saya yang sulung, untuk buat kerabu ini..Sebab kat luar tak sedap katanya. Dan sekarang ini adalah satu menu kemestian untuk keluarga mereka. Kalau saudara mara datang pun, mesti request kerabu ini.Saya belajar melalui pemerhatian dan kajian dari kerabu mangga yang ada di jual di Thai Restaurant. Kalau mereka buat saya akan lihat cara mereka buat dari jauh. Tengok apa bahan yang digunakan.
Ha, kat bawah ni saya kongsikan bersama resepinya, manis, masam ,pedas dan masin kena adjust sendiri ye..
Bahan-bahannya:
4 biji mangga muda(saiz besar dipotong seperti batang mancis(terms in culinary is julienne)
1 biji tomato di potong dadu
2 biji limau nipis
2 biji bawang merah
4 biji cili api
gula batu dimasak dengan gula pasir(bagi betul2 pekat dan likat)
Kacang tanah di sangai dan dibuang kulit nya.
50gm udang kering(kecil) di goreng
Caranya, tumbuk cili api dan bawang kemudianmasukkan udang kecing.Tumbuk kasar dan masukkan kacang pula.Tumbuk kasar juga. Lastly masukkan tomato, mangga dan kacau sebati.Masukkan perasa,gula jus limau nipis...Kacau Sebati..Bagi jus limau nipis dan gula betul2 rasa.Selamat mencuba..
Comments
Post a Comment