Butter Cake

Simple as A,B,C je nak buat kek ni.Paling penting nak buat butter cake ini kena pukul butter dengan telur sampai betul2 kembang. Kalau tidak kek kita tidaklah cantik/elok sangat. Dari butter cake ini kita boleh jadikan marble cake, rainbow cake dan selalunya juga as a basic cupcakes.. Nanti saya upload gambar kek dah potong.
Ok, resepi seperti di bawah:


250gm tepung halus
250gm Salted butter
220gm gula kastor
1/2 sudu teh baking powder
5 biji telur
1/2 cawan fresh milk
1/2 sudu teh vanilla essence



Cara membuatnya mudah sahaja. Seperti yang saya katakan permulaan tadi, pukul butter dan gula sehingga kembang dan gula hancur. Sementara itu bolehlah tapiskan sekali tepung dan baking powder. Setelah butter dengan gula cukup kembang, masukkan telur satu persatu. Kacau perlahan-lahan. Boleh diselang selikan dengan tepung.Setelah tepung dan telur sebati, jangan over mixing(terlebih kacau).Masukkan susu dan kacau guna sudu just bagi sebati saje. Lepas tu boleh masukkan dalam loyang dan bakar 45 minit untuk 180'c...Selamat mencuba
Boleh marblekan kek ni..ambik sedikit bancuhan kek, campurkan dengan koko powder
then campur  fresh milk sikit supaya tak la keras kek tu nanti..lepas tu mrblekan la cam kat atas ni..


Comments

Popular posts from this blog

Penang mai!!!!

JJCM...Kari Itik, Ayam Kampung, Jalan Permatang Nibung..Permatang Pauh..

JJCM. . .Restoran Anggerik Desa, Seberang Jaya, Penang