Dinner dengan Kway Tiau Goreng..
Macam mana nak buat kway tiau goreng?
Senang je..
Bahan2:
Kway Tiau 500gm
Telur 2 biji
cili blend 3 sudu besar
cili sos 2 susu besar
Kicap ikut suka..
bawang kecil 3 biji/bawang besar sebijik, bawang putih 2 biji(blend semua)
Oyster sos 1 sudu besar
minyak untuk menumis
Udang besar 6 ekor
taugeh 1 cawan
Kucai potong seinci 1 cawan
perasa..
Tumis bawang sampai naik bau, masukkan cili blend..
Once cili dah masak, masukkan cili sos, oyster sos, kicap, kalau nak letak
tomato sos pun boleh(tapi jgn banyak sangat)..
masukkan udang, kacau sampai udang masak, masukkan kway tiau, kacau lagi sampai kway tiau masak..
Masukkan bahan perasa, garan dan kalau nak sedap letaklah sikit serbuk perasa..
Last sekali masukkan taugeh dan kucai..
Taraaaa...!siap!
Bolehla serve dengan telur mata kerbau, letak sikit salad dan keropok...
tabur daun bawang ngan bawang goreng...
yummmyyy! sedapnyeee..
macam makan kat hotel je..
Comments
Post a Comment