Khasiat Buah-buahan/Fruits

I tak la pandai sangat nak cerita pasal khasiat buah-buahan ni..
tapi I dapatkan source dari blog lain...
meh la kita tambah sikit ilmu tuk hari ni...
kot2 dapat membantu tuk jaga kesihatan kita..
EPAL HIJAU
Tidak ramai yang tahu tentang khasiat makan buah epal hijau ini. Kebiasaannya tertumpu kepada epal merah kerana rasanya yang lebih manis berbanding hijau sedikit masam. Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.

Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui :


1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.
 Banyak khasiat yang terdapat dalam buah epal hijau ini. Antaranya dapat membantu mengurangkan penyakit berisiko tinggi seperti penyakit barah, jantung, asma, paru-paru dan lain lagi. Apa yang paling penting, perbanyakkan juga minum air setiap hari.
 Sumber : http://melayukini.net/2012/05/khasiat-buah-epal-hijau-menarik/


MANGGA
Setiap orang pasti mengenal buah ini. Bentuknya bulat, warnanya isinya kuning, warna kulitnya umumnya hijau, isinya juga ada yang bersemburat merah dan rasanya manis. Buah ini tidak hanya disukai orang dewasa, tapi juga anak-anak. Mangga adalah buah tropika. Ketika masih mentah (muda), buah ini pun banyak dicari untuk dibuat rojak dan dicari oleh wanita yang hamil.

KHASIAT MANGGA
1. berkhasiat untuk limpa
2. Merawat batuk
3. Merawat selesema kerana deman dan sejuk
4. Merawat cirit-birit berdarah
5. Merawat payu dara bengkak selepas bersalin
( Kulit batang mangga hutan digesek-gesek di atas pasu. Kulit yang sudah hancur itu ditampalkan ke atas payu dara yang bengkak
Sumber : http://amnaamzar.blogspot.com/2010/11/khasiat-mangga-mempelam.html

EPAL MERAH
Khasiat Buah Epal Merah (Menarik!)
Jika artikel yang lalu Melayukini.net menyiarkan mengenai Khasiat Buah Epal Hijau (LINK), tetapi pada hari ini akan berkongsi mengenai khasiat epal merah pula. Epal merah dan hijau mempunyai sedikit perbezaan antaranya dari segi rasa. Epal merah mempunyai rasa yang manis, dan epal hijau sedikit masam-masam manis. Jom kita ketahui apakah khasiat buah epal di bawah ini.
1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikalbebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.
3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah drpd tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang selkanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.
4) Jangan biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.
5) Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalammembantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.
6) Kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan.

Sumber : http://melayukini.net/2012/06/khasiat-buah-epal-merah-menarik/

BELIMBING

Petua Penyembuhan Dengan Buah Belimbing.

1. Untuk menghentikan pendarahan pada bisul di samping mencuci luka serta nanah yang keluar, kalian bolehlah menumbuk buah belimbing sehingga lumat lalu ditampal pada bahagian luka.
2.Masalah cacing dalam perut atau usus; Rebus bunga belimbing & minum airnya setelah suam.
3. Untuk masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal dan sebagainya – daun, buah atau bunganya boleh ditumbuk lumat dan ditepekkan pada kawasan bermasalah.
4.Air rebusan bunga dan daunnya boleh diminum untuk merawat batuk, sakit kerongkong & muntah-muntah.
5.Buah yang dijerukkan dengan garam boleh dimakan untuk menghilangkan mabuk akibat perjalanan jauh.
6.Air rebusan daunnya juga boleh digunakan untuk merawat demam panas.


OREN
1. Vitamin C Berperanan dlm pembentukan kolagen(komponen dasar pembentukan jaringan saraf dlm tubuh).Pembentukan kolagen yg baik sgt diperlukan untuk pembentukan ligamen,tendon,kulit,pembuluh darah dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.Berperanan menyerap zat besi bukan organik(zat yg bukan berasal dari haiwan) yg membantu mencegah anemia. Mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas yang mencetuskan pelbagai penyakit. Mencegah kanser.Mencegah kenaikan LDL (lemak jahat) yg merupakan faktor utama penyakit jantung.Sebagai agen antioksidan yg mampu melawan daripada radikal bebas yang dapat mencantikan kulit dgn memperkuatkan sel-sel kulit dan mempercepatkan membaiki jaringan yg rosak.
2. Karbohidrat Mengandungi fluktosa,glukosa dan sukrosa.Serat didlm karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut,pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.Sesuai untuk yg berusaha menurunkan berat badan .
3. Folat Menurunkan kadar homocystein yg merupakan racun bagi dinding pembuluh darah.Menurunkan risiko Penyakit kardiovaskular
Selain itu buah oren juga mengandungi postasium,kalsium,thiamin,niasin,vitamin B6,fosforus,riboflavin dan asid pantotenik

PLUM

Buah plum hitam berupaya mengatasi masalah cacing yang dialami oleh kanak-kanak. Dengan pengambilan bersesuaian, buah plum mampu mematikan cacing gelang, melancarkan pembuangan air besar dan seterusnya mengatasi masalah sembelit.

Kaya dengan serat, asid sitrik, beta sitosterol dan triterpene, plum juga merupakan penawar bagi mengubati penyakit gastritis akibat inflamsi pada lapisan mukus dalam perut akibat pengambilan terlalu banyak makanan berempah, arak dan ubat-ubatan aspirin.

Plum juga sesuai dimakan oleh individu yang mengalami masalah kolestrol kerana kandungan diphenlisation yang terdapat didalam membantu menurunkan paras serum dalam darah

  KIWI



KHASIAT
Asid folik. Semua orang perlukan asid folik malah sumber semula jadi asid folik diperlukan untuk mencegah kecacatan saraf pada bayi serta pembangunan otak dan kognitif pada kanak-kanak.

Vitamin E. Jarang makanan rendah lemak apatah lagi buah-buahan menjadi sumber yang baik untuk vitamin E (baik untuk kesihatan jantung dan ciri antioksidan) tetapi kiwi adalah sumber semula jadi rendah lemak yang kaya dengan vitamin ini.

Kalium. Kadar kandu�ngannya sama dengan pisang tetapi hanya mengandungi separuh daripada kalori. Baik untuk menyenggarakan tekanan darah dan kesihatan jantung.

Vitamin C. Kandungan vitamin C dalam buah ini dua kali ganda berbanding oren. Vitamin C membantu untuk melindungi diri daripada kerosakan akibat radikal bebas terhadap sel dan tisu malah vitamin itu juga membantu dalam penyerapan zat besi.

Membantu untuk memulihkan fungsi sistem ketahanan tubuh.

Rendah kalori. Sebiji kiwi bersaiz sederhana menyediakan 65 kalori memandangkan 90 peratus daripada beratnya terdiri daripada air.

Magnesium. Sumber yang baik untuk magnesium yang membantu untuk membentuk dan menguatkan tulang, merehatkan otot dan saraf serta melancarkan peredaran darah.



Comments

  1. salam semua nk kongsi boleh jika ada sakit darah tinggi atau masalah saraf atau kanser tahap 1 2 3 dan 4 atau lain2 penyakit cuba berubat dengan mohd zuhairi bin noordin 017 4687570..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.pengasas gunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penang mai!!!!

JJCM...Kari Itik, Ayam Kampung, Jalan Permatang Nibung..Permatang Pauh..

JJCM. . .Restoran Anggerik Desa, Seberang Jaya, Penang