Sakit pinggang. . .sakit belakang. .huhuhu


Alkisah, ini masalah diri sendiri..
Kalau umur semakin meningkat, macam2 la. .
itu tak kena, ini tak kena. .ke I je yang rasa cam tu. .migrain satu hal. .
tapi sekarang tau punca dia ape, boleh la elakkan jugak. .ni sakit pinggang ni, nak wat cam na? huhuhuhu. .
Entry ni, entry penutup malam ni, sebab lama sangat mengadap komputer, kes buat assignment last minute la ni. . .aduhhhh dah sakit pinggang. .sakit belakang. .makan pun tak lagi, gastrik pun dah mula rasa. .cam ne nak buat? So, sekarang doktor pun di hujung jari, google la cari petua. .hmmmm. .harap membantu. . .
Katanya, kalau sakit pinggang, banyakkan berehat,
supaya sakit pinggang segera berkurangan. Ini antara cara yang dinasihatkan doktor untuk mengatasi masalah sakit pinggang tetapi makin lama baring berehat, makin sakit pula jadinya. Ketika berbaring kesakitan terasa hilang perlahan-lahan tetapi kembali mengejut apabila cuba bangun atau menggerakkan badan.

Benarkah berehat dengan berbaring cara terbaik untuk menghilangkan kesakitan pinggang? Rupa-rupanya kaedah ini disarankan untuk satu atau dua hari saja kerana berbaring terlalu lama juga boleh menyebabkan sakit belakang bertambah teruk.

Jika kesakitan masih tidak berkurang, segeralah mencuba kaedah lain atau lebih baik berjumpa doktor supaya ia tidak berlanjutan dan menjejaskan kehidupan.

Boleh dikatakan semua orang pernah sakit belakang terutama di bahagian pinggang, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dianggarkan 80 peratus orang pernah mengalami sakit belakang yang menyebabkan kerja dan aktiviti harian terganggu. Sakit belakang juga antara punca utama ketidakupayaan bekerja dan penyumbang besar kepada pengambilan cuti sakit.

Atau seperti senaman di bawah...hhhmmm, nampak gaya
lepas ni pagi petang praktis..janji sihat..kan..





Comments

Popular posts from this blog

Penang mai!!!!

JJCM...Kari Itik, Ayam Kampung, Jalan Permatang Nibung..Permatang Pauh..

JJCM. . .Restoran Anggerik Desa, Seberang Jaya, Penang