Bola..bola..bola..ATMFA vs KELANTAN 2012
Semua kedai makan tengok bola..
Kali ni macam best je perlawanan bola..
ATM? Ishh tak pernah ambik tau pemain2 bola dia nih..
Meh kita tengok ada tak yang hensem cam apek...hihihi
Confirm la ade kan..
Ni la profil pemain bole sepak ATM..
Source : http://www.atmfa.my/
Source : http://www.atmfa.my/
Penjaga gol
No jersi 22 Farizal HarunUsia: 16 tahun
Penampilan final Piala Malaysia sebelum ini: Sekali (2009)
Sedikit gugup ketika beraksi berdepan Lions XII tetapi menampilkan ketangkasannya untuk menyelamatkan dua penalti pada detik penentuan. Perlu berada pada tahap terbaik untuk mengekang asakan jentera serangan Kelantan yang diketuai Mat Yo.Membuat penampilan keduanya di pentas akhir selepas terpaksa akur diletakkan di bangku simpanan bagi edisi 2010 & 2011 bersama Negeri Sembilan.
Bek kanan
K.Reuben
Usia: 22 tahun
Penampilan final Piala Malaysia sebelum ini: Tiada
Berdasarkan aksi mantap yang ditunjukkan pada separuh akhir, K Reuben dijangka akan mengekalkan persembahannya di posisi bek kanan, namun B Sathianathan gemar berteka teki dengan kekerapannya merombak posisi pemain.A Varathan, yang menjadi pilihan Sathia untuk mengisi posisi ini sepanjang kempen Liga Perdana mungkin dipanggil semula tetapi Reuben dilihat pilihan terbaik melihatkan aksi konsisten ketika melakukan overlapping bertemu Lions XII tempoh hari. Juga perlu mengawasi pergerakan Mat Yo yang kerap mencari ruang di bahagian sayap.
Bek tengah
7 Aidil Zafuan Abd Radzak
Usia: 25 tahun
Penampilan final Piala Malaysia sebelum ini: Tiga (2009, 2010, 2011)
‘Mr Cool’ ATM ini berperwatakan tenang di atas padang dan jarang membuat kesilapan terjahan liar di kotak penalti. Dalam ketiadaan Irwan Fadly Idrus, pertahanan tengah terbaik negara pada masa kini dijangka akan kembali membentuk gandingan bersama Amiridzwan Taj Tajuddin sewaktu kempen Liga Perdana.Pengaruh Aidil begitu kuat terhadap pasukannya sehinggakan ketiadaannya berikutan kecederaan pada separuh masa kedua membolehkan Kelantan bangkit untuk merangkul gelaran sulung mereka pada 2010 ke atas pasukan lamanya, Negeri Sembilan.
Bek tengah
24 Amiridzwan Taj Tajuddi
Usia: 26 tahun
Penampilan final Piala Malaysia sebelum ini: Tiada
Ketiadaan pertahanan tengah yang digambarkan Sathia sebagai yang ‘paling konsisten’ dalam skuad ATM, Irwan Fadly Idrus berikutan kad kuning kedua pada perlawanan tempoh hari menentang Lions XII, membuka ruang buat Taj atau Panjang untuk kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama.
Taj akan mengulangi gandingan yang ditunjukkan pada kempen Liga Perdana bersama pertahanan berpengalaman, Aidil Zafuan. Pemain tinggi lampai yang lahir dari Uitm ini tidak akan tertekan beraksi di final pertamanya berikutan pengalamannya menyarung jersi Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.
Bek kiri
14 Azmi Muslim
Usia: 25 tahun
Penampilan final Piala Malaysia sebelum ini: Tiada
Seorang lagi pemain yang bakal membuat penampilan sulung di pentas akhir, Azmi juga tidak akan dibayangi kehangatan saingan final selepas acap kali dipanggil ke skuad kebangsaan K Rajagobal.
Azmi juga diiktiraf atas kehebatannya menjaringkan gol jarak jauh dengan ledakannya dari luar kotak penalti memukau Arsenal sewaktu kunjungan pra-musim, Julai lalu. Tidak ramai yang menyedari bahawa pemain kelahiran Kedah yang berasal daripada program realiti tv, MyTeam melakukan perkara yang hampir sama, dari jarak yang lebih jauh untuk mengikat Pahang 3-3 di tempat lawan, Jun lalu.
Penyerang/Sayap kanan
8 Zaquan Adha Abd Radzak
Usia: 25 tahun
Penampilan final Piala Malaysia sebelum ini: Satu (2009)
Terlepas aksi final 2010 berikutan masalah kecederaan dan sekadar diletakkan sebagai pemain simpanan pada edisi 2011, Zaquan, adik kembar Aidil menampilkan persembahan terbaik dalam jersi ATM pada pertemuan separuh akhir menentang Lions XII. Segala gerak gerinya di bahagian sayap kanan berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan lawan di samping mencipta gol penyamaan Marlon Alex James pada detik terakhir.Menjaringkan satu gol setakat ini dalam kempen Piala Malaysia, menerusi penalti pada perlawanan pertama kumpulan menentang Kedah, diharapkan Zaquan dapat mengulangi kehebatannya untuk kembali meletakkan namanya sebagai penyerang digeruni di negara ini menjelang kempen Piala Suzuki AFF.
Tengah
10 Bruno Sebastian Martelotto (Argentina)
Usia: 29
Penampilan final Piala Malaysia sebelum ini: Sekali (2003)
Tidak seperti rakan senegaranya, Bruno Sebastian Martelotto tidak dikenali atas kelicikannya di atas padang tetapi lebih kepada ‘work rate’ yang dimilikinya.Kerajinannya mengejar bola di segenap pelosok padang seharusnya dipuji dengan usaha kerasnya membuahkan hasil seperti yang disaksikan pada suku akhir kedua menentang Negeri Sembilan di Paroi, apabila merampas bola daripada pertahanan sebelum melintangkan bola kepada Marlon Alex James untuk menolak masuk gol ketiga dalam kemenangan 3-1.Martelotto yang mengejar rekod unik meraih gelaran Piala Malaysia bersama dua pasukan bukan berstatus negeri selepas melakukannya bersama MPPJ pada 2003 sehingga kini mengumpulkan 3 gol, namun jumlah itu seharusnya 4 selepas merembat sipi hantaran lintang Venice Elphi Danny Kaya pada separuh akhir timbal balik kedua di Selayang.
Tengah defensif
23 Rezal Zambery Yahya
Usia: 34 tahun
Penampilan final Piala Malaysia sebelum ini: 2 kali (2006, 2009)
Jarang diturunkan dalam kempen Liga Perdana, Rezal Zambery Yahya mendapat nafas baru dalam saingan Piala Malaysia apabila Sathia memilih untuk meletakkannya dalam ‘holding role’ bersama-sama Bruno Sebastian Martelotto.Meraikan hari jadinya, sehari sebelum perlawanan separuh akhir menentang Lions XII, pemain kelahiran Batu Pahat itu mendapat hadiah hari jadi ‘belated’ apabila ATM melayakkan diri ke final menerusi penentuan penalti dramatik.Pada usia 34 tahun, tidak banyak kesempatan buat dirinya untuk menambah kepada 2 gelaran Piala Malaysia yang dimenanginya bersama Johor (1998) dan Negeri Sembilan (2009). Peranannya begitu penting untuk menghalang Indra Putra Mahayuddin serta Nurul Azwan Roya menguasai bahagian tengah.
Sayap kiri
19 Christie Jayaseelan/ 17 Venice Elphi Danny Kaya
Usia: 26 / 28
Penampilan final Piala Malaysia sebelum ini: Tiada / Tiada
Dulu dikenali sebagai supersub, tetapi kini Christie Jayaseelan sudah berjaya menambat hati Sathia untuk menyenaraikannya dalam kesebelasan utama. Meledakkan satu gol dalam kempen Piala Malaysia ini menerusi kelicikannya melepasi kawalan pertahanan sebelum merembat masuk melepasi penjaga gol, Mohd Farizal Marlias dalam kemenangan 3-2 ke atas Negeri Sembilan pada suku akhir timbal balik pertama di Selayang.Bergelar penjaring ketiga terbanyak buat ATM dalam Liga Perdana dengan 7 gol di belakang Marlon Alex James (22) dan Hai-O (17), kelibat pemain kelahiran Kajang berusia 26 tahun itu juga berjaya memikat K Rajagobal untuk memberikan cap antarabangsa pertamanya dalam kekalahan 0-2 kepada Vietnam, awal September lalu.Seandainya Sathia memilih untuk menyenaraikan Christie dalam kesebelasan utama, bekas pengendali kebangsaan memiliki pilihan untuk memasukkan ‘senjata sulit’ Venice Elphi Danny Kaya sekiranya menemui kebuntuan Sabtu ini.Kemasukan Venice pada babak kedua separuh akhir di Selayang mencetuskan impak dengan kelajuannya mencetuskan huru hara di barisan pertahanan Lions XII. Dengan barisan pertahanan yang keletihan, Venice adalah igauan buruk buat mereka seperti yang berlaku ke atas Terengganu di tempat sendiri apabila lariannya dari tengah padang membuahkan gol buat Marlon dalam kemenangan 2-
Penyerang
20 Hairuddin Omar
Usia: 33
Penampilan final Piala Malaysia sebelum ini: 4 kali (2001, 2009, 2010, 2011)
Tangkal azimat ATM, tuah Hai-O ditagih dalam misi untuk menjulang final Piala Malaysia julung kalinya buat pasukan bersenjata itu. Memburu gelaran kelima dan pasukan keempat berbeza selepas Terengganu (2001), Negeri Sembilan (2009, 2011) dan Kelantan (2010).Antara penyerang paling lengkap dalam bola sepak era moden, Hai-O memiliki segala-galanya, ketajaman penyudah dan keupayaan tandukan menakjubkan. Hanya menjaringkan dua gol dalam kempen Piala Malaysia, pemain terbaik perlawanan akhir dua kali itu sering menyimpan persembahan terbaiknya pada pentas tertinggi bola sepak.Voli akrobatik yang dilakukannya untuk membantu bekas pasukannya, NS menjulang final Piala Malaysia tahun lalu dan lonjakannya mengatasi John Terry pada persahabatan Malaysia menentang Chelsea dalam kejohanan jemputan EPL pada 2003 menyerlahkan kedua-dua kualiti yang dimiliki penggempur kelahiran Setiu itu.
Penyerang
9 Marlon Alex James (St Vincent & Grenadines)
Usia: 35
Penampilan final Piala Malaysia sebelum ini: 2 kali (2006/07, 2007/08)
Dipandang sepi oleh bekas pasukannya, Marlon Alex James akhirnya yang tersenyum lebar selepas meledakkan 11 gol dalam menjulang ATM ke penampilan final Piala Malaysia yang pertama selepas 46 tahun.Dilabelkan sebagai ‘kuda tua’ pada usia 35 tahun, Marlon membuktikan bahawa umur bukan menjadi faktor dengan penyerang antarabangsa St Vincent & Grenadines itu walaupun tidak selaju dulu tetapi masih belum kehilangan sentuhan penyudah tajam miliknya di depan gol.Pemenang Anugerah Pemain Paling Berharga (2006/07 & 2007/08) dan Kasut Emas (2007/08), Marlon mempunyai sebab tersendiri untuk menambah kepada dua gelaran Piala Malaysia yang dimenanginya bersama Kedah – untuk dihadiahkan buat anak perempuannya dengan isterinya kini lima bulan mengandung.
Penjaring ATM dalam Piala Malaysia
Marlon Alex James – 11
Bruno Sebastian Martelotto – 3
Hairuddin Omar – 2
Zaquan Adha Abd Radzak – 1
K Reuben – 1
Christie Jayaseelan – 1
Aidil Zafuan Abd Radzak – 1
ATMFA

Comments
Post a Comment