Beng Beng Beng. . .Kampung Beng, Perak!
HHMMM...Kampung Beng ini adalah satu perkampungan melayu
yang terletak di Negeri Perak. Keistimewaan kampung ini adalah, jalan utama untuk datang ke kampung ini melalui jalan air..
Jika anda semua ingat iklan Hari Raya Petronas janda anak 7 yang beli lembu seekor tu,
hhhaaaa, kat sungai inilah iklan tu dibuat..
Nak describe macam mana keadaan kampung ini, sebelum sampai ke jeti utama
anda akan melalui kampung dan jalan kampung tersebut agak kecil, seperti lorong-lorong biasa.
Selepas melalui kampung tersebut, anda akan nampak satu kawasan lapang dan ada banyak parking kereta.
Semua lot parking tersebut adalah hak milik penduduk kampung Beng.
Kampung Beng dikenali sebagai Homestay Kampung Beng..
Nak cerita sikit konsep Homestay tu ape...
Sekarang dah ramai orang menyalahgunakan konsep homestay..
Konsep homestay itu adalah konsep pelancong atau orang luar yang tinggal bersama tuan rumah, yang mana
kita makan bersama2, buat aktiviti di situ sama2, belajar cara hidup dan budaya mereka..
Sekarang ni banyak yg gunakan term ini untuk sewakan rumah kosong mereka as a rumah sewa/tumpang/hotel or yang seistilah dengannya..Homestay ini juga di jalankan bersama ahli2 yang lain, berkumpulan, dan ada license dia di Kementrian Pelancongan kalau tak silap..
Sebelum kami pergi ke penginapan homestay/rumah inap kami,
kami telah di bawa oleh tok penghulu kampung Beng kesebuah rumah kenduri.
Wahhhh, menu dia special sangat...
U all kena datang dan rasa makanan traditional disini.
Kami dijamu dengan rendang yang sangat sedap(serious, tak tipu)
then ikan bakar fresh dari sungai tersebut..Sedap sangat cicah dengan Sambal dia...huhuhuh, teringin pulak nak gi sana lagi nak makan lagi kat situ..
Melihat cara dorang bakar ikan, wahhhh, terbaikkk..ikan pun semua fresh, so daging ikan tu manis ...
Kalau u all nak tahu, ikan pekasam terbaik dari Perak di proses disini lah..
Kalau datang tak lengkapla tak singgah tempat pembuatan ikan pekasam.
TAPI
kami tak sempat nak pergi sebab masih banyak yang kami perlu lakukan...
Kami bukan datang berjalan makan angin
Ada tugasan yg perlu kami selesaikan disini.
Banyak kajian yang perlu kami siapkan untuk Kampung Beng..
hmmm, tak sukela upload gambar cam ni..asal tadi elok je, bila dah upload dia jadi cam ni pulak.. huhuhu..tak suke, tak suke, tak suke! Tapi nak citela sikit, banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini.. Boleh buat aktiviti air, hari keluarga, eksplorace, jungle trekking, pertandingan memancing, prtandingan memasak, melihat gajah hutan, meronda kawasan hutan sekeliling, mandi air terjun, macam2 lagi... |
Kami pergi dalam sekumpulan yang besar membawa para pelajar UUM dari luar negara dan memperkenalkan budaya masyarakat melayu setempat. Mereka sangat seronok belajar budaya melayu yang mana ada sedikit persamaan, bot kat depan tu, salah satu bot yang membawa kami makan kenduri.. |
Ala, bencila gambar ni sengat... kat Kampung Beng ni ade satu air terjun.. Cantik sangat! Kena pegi.... huhuhu, tapi saya takut dan serik, seramai2 yang pegi, ada 6 ekor pacat melekat kat kaki saya...GELIIII! Then ade satu kawasan tu dia letak wayar elektrik untuk mengelakkan gajah masuk ke kampung.. Syukur alhamdulillah saya terselamat dari renjatan elektrik sebab tak perasan wayar tu wujud... huhuhu...kalau tak, dijauhkan la...gara2 gayut dengan satu makcik tu, dia mintak resepi tengah2 I berjalan dalam hutan.. So pakailah DIGI, dalam hutan pun dapat line ihiihihihi |
haa, ni kami buat sedikit aktiviti, dimana , kami nak tinggalkan sedikit kenangan pada warga kampung Beng.. Jadi sepanjang jalan dari Dewan orang ramai sapai ke jeti, kami tanamkan poko bunga raya...kalau u all tengok ada banyak bunga raya kat situ, haaaa, kamila yang tanam semua tu...dalam 50 pokok... tah ape la nasib pokok tu sekarang.. |
Haaa, mak angkat saya yang saya tumpang umah dia masakkan saya ikan bakar... maklumla, makan kat tempat kenduri ari tu tak puas... so mintakla dia masakkan.. isshh kalau u all nak makan ape, sebelum datang sini, inform dulu kat ketua kampung, mereka akan cuba dapatka.. but bayar lebih sikitla, rendang kijang ke, rusa ke..boleh semuanya...nak makan ikan ape pun bole.. mereka mewah dengan ikan.. |
Santai sangat...ni kawan2 saya...mereka dari ASTRO...ASTRO AWANI nak buat liputan...hihii |
Ni mama angkat saya...MAkcik Jamilah... Macam2 dia masakkan tuk saya.. Walaupun saya orang perak juga, tapi food mereka tak sama dengan food dari kawasan saya.. kami bakar ikan sama2, petik ulam keliling rumah sama2, makan sama2.. |
Ni aktiviti berjalan pusing keliling kampung Beng... Tok penghulu bawak kami jenjalan pusing pulau sampai ke satu jambatan(tak ingat nama jambatan tu) |
Cantikkan pemandangan kat sini.. Ape? gambar ni tak lawa...ye la..gambar ambik guna tab je.. memang tak cantik kena bawak DSLR la kalau u all nak gambar cantik.. |
Haaa, ini aktiviti utama penduduk kampung ini sebagai sumber pendapatan harian mereka selain sebagai nelayan.. |
Sana dok gambar, sini dok gambar..asyik dok bergambar je semua...hihih |
Nampak? UiTM sponsor ape tu..hihihi |
Haiii..mengalahkan budak kecik bila dapat mandi air terjun nih... hahhahah, sampai ade seluar yang terkoyak la....nasib bawak seluar spare...kalau tak? hahahah |
Hai bang, kat seluar ada taman la...hihihiiIjat, Khairil, Reza dan Syakir je mandi...yang lain just relaks hidup udara yang nyaman, main2 air, sembang2..tak mau mandi...takut lekat ngan pacat LAGI...huhuh |
sorry, gambar dia cam gini plak...haaaa...tak pernah tengok orang toreh getah...hihih |
Bot2 nelayan dia park cam gini je...Jeti ada disebelah bot ni., tak de dalam gambar.. |
Suke dapat tanam pokok...berebut2 nak tanam...jangan tanam orang sudah...hihi |
Ni mak angkat kami... |
Malam tu kami diajar berkompang dan aktiviti naik buai.. Tak pandai, tapi tepuk2 je kompang tu...hihih |
hah...pokok ape ni... haiiiss, jangan gatai dok tanam ha... hihihi nilah pokok ketum...hihisaya pun tak kenal, so dikenalkan disini...dia hidup sendirinya..yang lain dah ditebang, sepokok ni je yang wujud..tu pun kecik je pokok dia.. |
Kat dalam tu ada dusun..macam2 jenis pokok ada, tuan tanah dia tak tinggal disitu..mungkin bila musim buah-buahan dia akan datang kesitu...yang penting kat situ saya ada nampak pokok petai gajah...besar petai tu...kmudian pokok durian, rambutan, asam jawa, manggis, cempedak...macam2 la.. |
Inilah rumah kampung yang ada... Rumah cam ni la yang perlu kita rasa, baru rasa dok kat kampung...ye lah kan, sekarang ramai yang tak de kampung...nak rasai kehidupan kat kampung yang sebenar, datanglah ke kampung Beng..Yang kat atas ni, saya pun tak ingat, rumah ni ada penghuni dia ke rumah tinggal.. |
Comments
Post a Comment